Friday, 26 July 2013

sahabat

harap kita sama-sama sihat dan diberkati Allah hendaknya, insyaallah. alhamdulillah, pagi jumaat yang aman dan nyaman. hari ni dah 17 Ramadhan 1434. hari Nuzul Al-Quran. macam biasa, pagi-pagi, N akan ke office (praktikal). semua aktiviti cik nana berjalan macam biasa. pukul 8.45 cik nana diminta untuk join taklimat kebakaran. habis taklimat tu, sambung taklimat takaful insuran pula. semuanya ok. habis ja taklimat-tklimat tu, N pun turun ke office (taklimat tu dibuat di bilik mesyuarat PPK Rengit). terus sambung buat kerja yang pengurus kewangan suruh buat.
buat punya buat,,,
buat punya buat, tiba-tiba jemari N yang tadinya rancak menari menekan key board terhenti. N sendiri tak tahu kenapa. tiba-tiba hati rasa sayu. rasa macam nak menangis pun ada. N pun terus online facebook. terbaca satu statement pasal persahabatan. serta merta air mata N menitis. Ya Allah, kenapa ni? terus terbayang muka kawan-kawan yang N sayang. of course lah kawan baik N kan. rasa rindu pada diaorang. cepat-cepat N lap air mata tu. nasib baik ada tisu kat atas meja N ni. 

sebelum ni, sebelum praktikal lah maksud N, N jugak yang kata " tak sabar rasanya nak LI, nak tinggalkan Poli, nak tinggalkan kawan-kawan". kenapa N cakap macam tu? sebab N nak tanamkan dalam jiwa N, yang N boleh berdikari, tanpa kawan-kawan baik N disisi. Nursyhuhadah Binti Abd Jalal dan Nazirul Filzah Binti Zabarudin. kami berkawan hampir 2 tahun. tapi, 2 tahun dah membuatkan N sayangkan di. sangat-sangat. sebelum ni, N pernah buat keputusan untuk pindah poli. tapi, tak jadi. kenapa? sebab N teringat janji N pade seseorang. walaupun dia dah tak ada lagi, tapi N pegang janji N pada dia. sebab ke 2, N dah mohon biasiswa. so, susah lah kalau N tukar poli kan. nak uruskan itu ini. dengan PTPTN lagi. sebab ke 3, hati N ada kat situ. ada kat Politeknik Merlimau Melaka. N tak tahu apa yang membuatkan N berat sangat nak tinggalkan PMM tu. sebab ke 4, N dah mula sayangkan Nursyhuhadah dan Nazirul Filzah.

mungkin alasan ke 3 dan ke 4 kurang munasabah. tapi, seriously, berat sangat hati N nak tinggalkan kawan-kawan. sebab tu, bila hujung sem 3, N rasa seronok. sebab sem 4 praktikal. so, N tak kan jumpa kawan-kawan N. sekurang-kurangnya, perpisahan yang sementara ni dapat kuatkan hati N. masa mula-mula kenal da rapat dengan diaorang, N cuba untuk tak terlalu sayangkan diaorang, sebab N tahu N akan berpisah dengan diaorang. betul kata orang, perasaan sayang tu tak boleh dipaksa, mahupun dihalang. dalam senyap, N dah mula sayang diaorang.

sometimes, N menangis bila tengok diaorang ada masalah. bila tengok diaorang sedih. apatah lagi bila nampak diaorang menangis. kadang-kadang N sendiri pun tak faham dengan diri N sendiri. satu masa dulu, N pernah dikhianati oleh kawan baik N sendiri. sakit. sakit sangat. macam kena tikam daripada belakang. tapi, N cuba untuk kuatkan diri N berdepan dengan dia, dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. bukan niat N untuk jadi talam dua muka. tapi, N tak nak sakit kan hati dia. mak dengan ayah selalu kata "biar orang buat kita, jangan kita buat orang". N tak nak dia rasa sakit macamana dia buat kat N.

dari sehari ke sehari, N mula maafkan dia. N tahu, semua yang berlaku ada hikmahnya. N tak salahkan sesiapa. mungkin salah N sendiri. sebab tu, N cuba untuk tak terlalu sayangkan kawan N. N takut jadi macam tu lagi. tapi tanpa N sedari, N dah bersikap kejam. N judge orang lain atas kesilapan yang orang lain lakukan.
kepada kawan-kawan N, terima kasih sebab dah mewarnai hidup N. korang banyak buat N happy bila N sedih. korang yang tadah dan lap air mata N bila N menangis. terima kasih. terima kasih atas segala-galanya. sayang korang.
:: nota kaki ~ seorang sahabat sentiasa mencuba untuk melemparkan senyuman yang termanis pada wajahnya, untuk menghapus air mata di mata kita ::
 really miss that moment :'(

No comments:

Post a Comment