
Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni
masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut bulan mulia yang penuh dengan
keberkatan ni. Diam tak diam, hari ni dah masuk hari ke 16 umat islam berpuasa.
Sekejap ja rasanya. Sekejap lagi, syawal pula menjelma. Macamana dengan
persiapan raya? Dah siap? Bagus lah kalau dah siap. Kepada yang belum siap,
jangan risau, anda masih ada masa. Cik nana ni pun settle lagi persiapan
rayanya. Baru beli baju sepasang. Ni dalam proses memasang manik yang tak
siap-siap.
Bila bercakap pasal puasa dan raya,
teringat masa zaman kecil-kecil dulu. Masa tu, bulan nilah yang cik nana paling
suka sekali. Sebab ape? Sebab time bulan puase macam ni lah mak cik nana akan
masak sedap-sedap. Kadang-kadang juadah berbuka tu biasa ja. Tapi bak kata
orang, air tangan ibu adalah yang tersedap di dunia. Yang tu cik nana akui. Sebab
apa tau, bila dah sambung belajar, duduk kat tempat lain, makan lah makanan
sesedap mana pun, masakan mak juga yang cik nana akan rindu.
Ok, lupakan pasal sambung belajar
tu, kita back to main story. Biasanya, masa kecil, time nil ah cik nana nak
mengada-ngada dengan mak. Mak nak makan itu, mak nak makan ini. Mesti mak akan
masakkan. Mana ada mak tak sayangkan anak kan. Bila masuk minggu ke 2 dan ke 3
puasa, mak dan ayah akan bawa cik nana dan adik beradik yang lain pergi beli
baju raya, kasut raya, dan sebagainyalah, yang berkaitan dengan raya. Seronok sangat
masa tu. Sekarang ni, bila umur semakin meningkat dewasa, semua tu beransur
hilang.
Dulu, masa raya, ayah akan belikan
mercun dan bunga api (tapi cik nana just main bunga api, dan jarang main
mercun. Sebab? Takut. Hahaha ). Pergi beraya rumah saudara mara. Bila dah
besar, semua tu dah tak penting bagi cik nana. Kalau boleh, cik nana nak sambut
dengan kesederhanaan. Bukan apa, kadang-kadang terfikir juga, time kita tengah
seronok-seronok sambut raya, dok dum dam dum dam mercun sana sini, baju dok lip
lap lip lap 3 batu dah nampak, ada orang lain yang menyambutnya dengan tangisan
kesedihan. Rasa tak adil pun ada (hm, babak sedih dah mula dah).
Ok, tinggalkan kesedihan tu
sekejap, kita kea lam gembira balik ya. Sambung balik cerita tadi. Masa kecil-kecil,
apa motif anda ikut parents pi beraya sana sini? Ok, tahu. Nak dapat duit raya.
Kan? Macam tu jugak dengan cik nana. Tapi bila dah besar ni, barulah cik nana
sedar betapa berharganya bulan syawal tu untuk kita meminta maaf, dan memaafi. Bukan
ape. Time raya nil ah semua ahli keluarga akan berkumpul. Masa tu, kita akan
sedar bahawa kegembiraan tu lebih penting daripada duit raya. Paling utama,
maaf bermaafan. Bukan apa, kita tak tahu entah bila nyawa kita ni akan diambil.
So, time raya nilah kita gunakan sepenuhnya untuk bermaaf maafan.
Ok, tu lah kita, manusia. Cik nana
takin, anda pun lalui perkara yang sama dengan cik nana kan? Ya, zaman
kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok. Zaman remaja adalah zaman yang
paling bahagia. Dan zaman kedewasaan adalah zaman yang paling mencabar.
Hm, penat sedah semua jemari
menaip. Cik nana berhenti dulu sampai disini. Akhir kata, cik nana nak ucapkan selamat berpuasa
dan selamat berterawih. Sekian, assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment