Saturday, 27 July 2013

munjung

Dan selamat malam. Ok, hari ni hari sabtu. Kalau ikut kan giliran, harini N sepatutnya kerja (pagi tadi). Tapi disebabkan N dah kerja masa 6.7 haritu, so, N diberikan cuti pada hari ini.so, aktiviti N sepanjang hari ni adalah – memasak. Sebab apa? Sebab atuk (nenek sebenarnya, tapi N panggil atuk) nak munjung. Munjung tu apa? N pun tak tahu nak terangkan dalam bahasa apa. Sebab selama ni N memang panggil munjung. Atau ada juga orang panggil punjung atau punjungan. Means, kita bagi ketupat dan lauk pauk kepada saudara mara dan jiran tetangga sebelum dan semasa hari raya. So, bangun pagi-pagi (xda lah pagi sangat), N dan adik-adik yang lain pun mula menyiapkan barang-barang yang diperlukan untuk memasak dan mengeluarkan ketupat yang telah siap dianyam.




Ok, antara juadah yang akan kami masak termasuklah ketupat (yang kami anyam sendiri), ayam masak kari, lodeh, dan sambal kacang, atau juga dipanggil kuah kacang. So, semalam petang kami dah siap anyam ketupat sebanyak 120 biji.Tak adalah semua N dan Tiha (adik N) buat. Kebanyakannya atuk yang buat.So, pagi-pagi tadi, kami pun isikan beras kedalam kerongsong ketupat yang kosong, dan rebus kedalam periuk besar. So, sementara menunggu ketupat tu masak berjam-jam lamanya, N danTiha pun masuk semula ke dalam rumah (kami rebus kat belakang rumah) untuk memotong sayur mayor untuk dibuat lodeh dan blend rempah-rempah yang diperlukan.


Siap menyediakan barang-barang untuk memasak, N membantu atuk memasak sambal kacang / kuah kacang. Setelah siap, kami turun semula kebawah dan pergi kebelakang rumah untuk memasak ayam kari pula. Sambil itu, kami mengangkat dan menggantung ketupat-ketupat yang telah siap (4 jam kemudian).

Ok, masak punya masak,


azan zuhur pun berkumandang. So, atuk pun masuk dalam, nak solat zuhur. So, N lah yang kena masak lodeh sepenuhnya dengan Tiha.

So, N pun mula memasak.Untuk tak membuang masa, N letakkan gambar jalah. Nak cerita panjang-panjang pun nanti penat yang membacakan. Ok, nilah lodeh yang N danTiha masak.











So, itulah lodeh yang N dan Tiha masak. So, setelah semua nya siap, inilah hasilnya. Jeng jeng jeng






So, sesudah semua makanan yang dimasak siap, dan sedikits ejuk, kami pun memulakan operasi bungkus membungkus.Tapi, gambarnya tidak dapat diupload kesini. Kerana, kesibukan dan kekecohan semasa operasi bungkus membungkus dijalankan menghalang N untuk mengambil gambar. Bila dah siap, N dan Tiha pun mandi dan bersiap-siap untuk pergi munjung (hantar makanan tu semua) pada rumah-rumah tertentu.
So, rumah terakhir yang kami akan pergi adalah rumah makcik N (Mak Yah) yang terletak di Taman Pandan, Rengit. On the way pergi, tiba-tiba motor yang kami naiki bocor. Kuang kuang kuang. Adoi, masa tu N danTiha dah gabrah tahap maximum. Adoi, macamana ni. Ok, dah taka da cara lain lagi. Nak call ayah, ayah kerja kat kawasan parit raja. Mau sejam kami kena tunggu nanti. Kang ada yang berbuka kat tepi jalan pula kan? So, kami pun buat muka ayu, pi pinjam pam motor kat rumah makcik yang kami tak kenali tu. 2 rumah yang kami pi kata tak ada pam. So, kami ke rumah ke 3 pula. Alhamdulillah, ada.
Lepas bagi salam, keluar sorang akak cun yang tengah menjahit. Ok, macamana N tahu? Sebab, kat leher dia tergantung pita ukur yang digunakan oleh tukang jahit untuk mengukur baju. So, N pun pinjam pam daripada akak cun tadi dan mula pam tayar tu. Ok, tayar belakang. Lupa pula nak beritahu tadi. Pam punya pam, bus,,,,angin keluar balik. Adoi, tolonglah tayar oi. So, N pun buat keputusan nekad untuk menolak motor ke bengkel berhampiran yang jaraknya lebih kurang 250 meter daripada rumah akak cun tadi. Tapi, kerana kasihan, akak cun (tak sempat nak Tanya nama) tu pun berbaik hati untuk tolong N dan Tiha dengan cara – tarik motor N dengan motor dia. Hah, macamana tu? Ok, akak cun pun letak tali kat belakang Ego dia dan N ikatkan di kepala EX5 N. Sampailah ke bengkel tu.Owner bengkel tu pula kawan ayah N, yang sama-sama main badminton setiap minggu. Adoi, malunya. Bukan sebab apa, sebab waktu tu dah hampir jam 7 malam. Ha, waktu berbuka dah dekat. Nasib baik lah abang pomen tu siapkan cepat. Tq abang pomen =) ok siap bayar RM16. Eh, kenapa mahal beno? Setahu N, tiup baik tak sampai RM16 pun. Oh, rupanya, abang pomen tu dah berbaik hati untuk gantikan getah brek belakang sekali. Rupanya dah haus. Ha, sekalilagi N berterima kasih pada abang pomen tadi.
Ok, settle ja, N pun ambil Tiha kat rumah akak cun tadi. So, dengan berbesarhati, N danTiha pun menyerahkan ketupat yang sepatutnya kami hantar ke rumah nenek kepada family akak cun tadi. Sebab N terhutang budi sangat-sangat pada akak cun tadi. Kalau akak cun tak tolong, N tak tahulah macamana nasib N dan Tiha. So, lepas minta diri dan ucapkan terima kasih sebanyak kali mungkin, N pun bergerak ke rumah makcik N tadi. Tengah sedap-sedap bawa motor, minyak pula dah kat zon merah.Hm, nasib baik ada Sheel. So, berhentilah sekejap untuk isi minyak motor. So, kami sampai ke rumah makcik jam 7:05 petang. So, nak beli barang-barang yang dipesan oleh atuk dan mak, macam tak sempat. Nak balik berbuka kat rumah, makan masa 25 - 30 minit perjalanan. Hm, tak sempat. Kami pun mula berfikir kat mana nak berbuka puasa. Sampai ke traffic light, kami nampak 1 premis makanan yang sememangnya sedap. So, kami membelokkan motor ke arah kiri jalan.
Masuk ja, terkejut. Mak oi, ramainya yang tengah beratur. Sempat ke tidak ni? Ah, pasrah jalah. Siap order dan dapat makanan, kami pun naik ke tingkat atas. Sebab kat tingkat atas tak ramai sangat orang. So, tak adalah bising sangatkan. So, kami pun sempatlah berposing sementara menunggu azan berkumandang.








Haha, iya, kami berbuka puasa di KFC. Sebab tu ja lah yang terdekat dengan kami waktu tu. Sedih pun ada. Iyalah, bangun pagi, dok pung pang pung pang memasak, nak makan ketupat, at the end makan kat luar.Hm, rezeki kami kat sini. Ada hikmahnya juga motor kami bocor.  So, lepas siap makan dan duduk kejap sementara tunggu makanan hadam, kami pun bergerak ke kedai yang berkaitan, untuk beli barang-barang yang dipesan oleh atuk. Siap beli, kami ke tingkat bawah pula, beli barang-barang untuk buat Biskut Marie / Biskut Milo / Biskut Batik. Selesai semua urusan, kami pun bergerak pulang ke rumah.
Hari ni memang hari yang memenatkan. Ok, jam 11.50 malam, N, Mak dan Tiha pun ke dapur untuk buat Biskut Marie / Biskut Milo / Biskut Batik. So, inilah hasilnya.

Ok, siap biskut tu, kami pun masuk tidur. Tapi, N masih lagi terkebil kebil tak boleh tidur. So, N pun bangun semula, on kan switch lampu, dan mula menjahit manic untuk baju raya mak, sampailah 20% siap. So, sebelum masuk tidur, N pun menaip entry ni (jam 3.05 pagi). So, mata pun dah mula mengantuk. So, selamat malam (pagi sebenarnya)  kepada semua.

No comments:

Post a Comment