Friday 16 August 2013

Minah Reben


Ok, hari ni N menaip entry ni dengan perasaan teruja. Kenapa? Sebab apa ya? N sendiri tak tahu. Hari ni, macam biasa, masuk office pagi-pagi, buat kerja. Lepas rehat, N ajak kawan yang sama-sama praktikal kat Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit ni (Kama)  pi kedai sebelah, beli reben. Nak buat apa beli reben? N nak buat brooch la. So, N pun beli warna pink purple,



warna silver (ala, kire kelabu la kan)

and lame gold yang kecil (tak berapa nak lebar).

Then,

Wednesday 14 August 2013

bubur ketam oh bubur ketam.

Okay, apa yang menbuatkan N nak menaip entry kali ni? Ok, N kat office sebenarnya. Entah kenapa, hari ni N rasa mengantuk sangat-sangat. Mungkin sebab dah 2 malam berturut-turut N tidur lambat kot. So, penat + mengantuk. Tadi penyelia N kata nak bagi kerja. Tapi dia suruh N rehat-rehat dulu. La, rehat lagi. N bosan & boring yang teramat kalau tak ada kerja yang diberi. Okay, back to main story. Sebenarnya kakak sebelah N tengah tengok video memasak bubur lambuk kat you tube. So, secara tiba-tiba N terbayangkan bubur ketam. Ish, boleh meleleh la air liur kalau macam ni kan.

Ok,

Sunday 28 July 2013

Budak bulat menjahit.


Ok, sambung cerita semalam (27.7), N menjahit manic baju mak. So, bangun pagi tadi, N pun sambung kerja-kerja menjahit yang tergendala malam semalam (pagi). So, jahit, jahit dan jahit. Inilah hasilnya,,,


So,

Saturday 27 July 2013

munjung

Dan selamat malam. Ok, hari ni hari sabtu. Kalau ikut kan giliran, harini N sepatutnya kerja (pagi tadi). Tapi disebabkan N dah kerja masa 6.7 haritu, so, N diberikan cuti pada hari ini.so, aktiviti N sepanjang hari ni adalah – memasak. Sebab apa? Sebab atuk (nenek sebenarnya, tapi N panggil atuk) nak munjung. Munjung tu apa? N pun tak tahu nak terangkan dalam bahasa apa. Sebab selama ni N memang panggil munjung. Atau ada juga orang panggil punjung atau punjungan. Means, kita bagi ketupat dan lauk pauk kepada saudara mara dan jiran tetangga sebelum dan semasa hari raya. So, bangun pagi-pagi (xda lah pagi sangat), N dan adik-adik yang lain pun mula menyiapkan barang-barang yang diperlukan untuk memasak dan mengeluarkan ketupat yang telah siap dianyam.




Ok, antara juadah yang akan kami masak termasuklah ketupat (yang kami anyam sendiri), ayam masak kari, lodeh, dan sambal kacang, atau juga dipanggil kuah kacang. So, semalam petang kami dah siap anyam ketupat sebanyak 120 biji.Tak adalah semua N dan Tiha (adik N) buat. Kebanyakannya atuk yang buat.So, pagi-pagi tadi, kami pun isikan beras kedalam kerongsong ketupat yang kosong, dan rebus kedalam periuk besar. So, sementara menunggu ketupat tu masak berjam-jam lamanya, N danTiha pun masuk semula ke dalam rumah (kami rebus kat belakang rumah) untuk memotong sayur mayor untuk dibuat lodeh dan blend rempah-rempah yang diperlukan.


Siap menyediakan barang-barang untuk memasak, N membantu atuk memasak sambal kacang / kuah kacang. Setelah siap, kami turun semula kebawah dan pergi kebelakang rumah untuk memasak ayam kari pula. Sambil itu, kami mengangkat dan menggantung ketupat-ketupat yang telah siap (4 jam kemudian).

Ok, masak punya masak,

Friday 26 July 2013

sahabat

harap kita sama-sama sihat dan diberkati Allah hendaknya, insyaallah. alhamdulillah, pagi jumaat yang aman dan nyaman. hari ni dah 17 Ramadhan 1434. hari Nuzul Al-Quran. macam biasa, pagi-pagi, N akan ke office (praktikal). semua aktiviti cik nana berjalan macam biasa. pukul 8.45 cik nana diminta untuk join taklimat kebakaran. habis taklimat tu, sambung taklimat takaful insuran pula. semuanya ok. habis ja taklimat-tklimat tu, N pun turun ke office (taklimat tu dibuat di bilik mesyuarat PPK Rengit). terus sambung buat kerja yang pengurus kewangan suruh buat.
buat punya buat,,,

Thursday 25 July 2013

panggil N ja

ok, starting from today, panggil N je. N is shortform for Noranasuha. ok, bukan apa, malas pula nak menaip panjang-panjang. ringkas lebih mudah. Nana sebenarnya nama panggilan keluarga. sebenarnya tak kisah pun nak panggil apa pun. sebelum ni ada yang panggil N, Nor, Nora, Nana, Suha, Nasuha, Ana, Anasuha. tak kisah pun. tapi yang peliknya

Ramadhan Oh Ramadhan


Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ni. Diam tak diam, hari ni dah masuk hari ke 16 umat islam berpuasa. Sekejap ja rasanya. Sekejap lagi, syawal pula menjelma. Macamana dengan persiapan raya? Dah siap? Bagus lah kalau dah siap. Kepada yang belum siap, jangan risau, anda masih ada masa. Cik nana ni pun settle lagi persiapan rayanya. Baru beli baju sepasang. Ni dalam proses memasang manik yang tak siap-siap.

Bila bercakap pasal puasa dan raya, teringat masa zaman kecil-kecil dulu. Masa tu, bulan nilah yang cik nana paling suka sekali. Sebab ape? Sebab time bulan puase macam ni lah mak cik nana akan masak sedap-sedap. Kadang-kadang juadah berbuka tu biasa ja. Tapi bak kata orang, air tangan ibu adalah yang tersedap di dunia. Yang tu cik nana akui. Sebab apa tau, bila dah sambung belajar, duduk kat tempat lain, makan lah makanan sesedap mana pun, masakan mak juga yang cik nana akan rindu.
Ok, lupakan pasal sambung belajar tu, kita back to main story. Biasanya, masa kecil, time nil ah cik nana nak mengada-ngada dengan mak. Mak nak makan itu, mak nak makan ini. Mesti mak akan masakkan. Mana ada mak tak sayangkan anak kan. Bila masuk minggu ke 2 dan ke 3 puasa, mak dan ayah akan bawa cik nana dan adik beradik yang lain pergi beli baju raya, kasut raya, dan sebagainyalah, yang berkaitan dengan raya. Seronok sangat masa tu. Sekarang ni, bila umur semakin meningkat dewasa, semua tu beransur hilang.